LHDN lanjut waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur sehingga 31 Dis
Bernama
Disember 22, 2020 18:03 MYT
Disember 22, 2020 18:03 MYT
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL) untuk memberi kemudahan kepada pembayar cukai melunaskan baki cukai tertunggak sehingga 31 Dis ini.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bayaran boleh dibuat di Blok 8A Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.
"Bagaimanapun, waktu operasi itu hanya melibatkan kaunter Bayaran Selain Tunai (cek, draf bank, kiriman wang dan wang pos) yang dibuka dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang (Isnin-Jumaat).
"Waktu operasi kaunter Bayaran Tunai kekal sehingga pukul 1.00 tengah hari (Isnin-Jumaat)," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
-- BERNAMA
#LHDN
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#Pusat Bayaran Kuala Lumpur
#PBKL
#lanjut waktu operasi
#baki cukai