Letupan, kebakaran besar di Rapid Pengerang?
Astro Awani
April 11, 2019 06:12 MYT
April 11, 2019 06:12 MYT
Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.28 pagi Jumaat.
Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang.
Difahamkan kilang tersebut ialah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Tinjauan wartawan Astro AWANI berdekatan lokasi pada jam 6.30 pagi tadi mendapati keadaan kembali reda dan api sudah pun dipadamkan.
Syarikat pemaju Rapid, Petronas dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.
#kebakaran
#letupan
#Pasir Gudang
#Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia
#pengerang
#Petronas
#Rapid Pengerang
#rapid pengerang meletup