Letupan bom kedengaran di Kg. Tanduo
Astro Awani
Mac 5, 2013 08:23 MYT
Mac 5, 2013 08:23 MYT
Berikut merupakan perkembangan terkini Operasi Sulu yang dilancarkan ke atas Kg Tanduo pada pukul 7 pagi tadi.
2.36 petang -
2.23 petang -
12.28 tengahari - Dari akaun Twitter @NajibRazak
12.25 tengahari - Dari akaun Twitter @NajibRazak
11.20 pagi - Ketua Polis Negara sewaktu sidang media khas berkata operasi sedang berlangsung. Buat masa ini, bilangan kematian di pihak musuh masih belum dipastikan. Butir perincian operasi tersebut tidak dapat dinyatakan.
10.17 pagi - Bernama melaporkan pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.
9.27 pagi - Sementara itu di LAHAD DATU, wartawan Bernama Haslin Gaffur melaporkan bunyi beberapa siri letupan kedengaran dari sekitar Felda Shababat 17, Kampung Tanduo pagi ini.
Turut kelihatan beberapa pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia melintasi ruang udara Felda Sahabat 16, kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Setengah jam kemudian kami terdengar beberapa siri letupan datang dari arah Kampung Tanduo, yang terletak 20 kilometer dari sini," katanya yang menginap di Hotel Felda Residence, Felda Sahabat 16.
Katanya bangunan dan cermin hotel itu juga bergegar akibat letupan itu.
"Kini terdapat dua pesawat Nuri mendarat di kawasan padang di Felda Sahabat 16, di sini," katanya.
8.23 pagi - Pasukan keselamatan melancarkan operasi menggempur penceroboh dari Filipina yang berkubu di Kampung Taduo mulai pukul 7 pagi tadi.
Wartawan yang berada dekat Kg. Tanduo melaporkan mendengar letupan bom beberapa kali dan melihat jet pejuang TUDM berlegar di udara.
7.05 pagi - Serangan bermula dengan unit komando polis, VAT 69 memulakan perjalanan ke lokasi krisis sebelum membuat serangan ke atas kawasan yang dipenuhi kumpulan bersenjata.
BERITA LANJUT MENYUSUL