Pelajar berbilang bangsa negara ini perlu diletakkan di bawah satu bumbung demi memastikan semangat perpaduan antara kaum tercapai.
Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah berkata, ia harus dimulakan dengan menyemak semula sistem pendidikan negara selain dimulakan pada awal persekolahan.
"Jika ia tidak dipraktikkan segera, pastinya semangat perpaduan antara kaum tidak akan tercapai sampai bila-bila.
"Pemimpin negara juga harus segera memikirkan kesan jangka pendek dan panjang selain mengambil contoh Amerika yang sudah lama memperkenalkan konsep di bawah satu bumbung bagi pelajar sekolah rendah dan menengah," katanya semasa menjadi panel Usul Pendidikan semasa Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.
Selain Ibrahim, panel lain bagi sesi Usul Pendidikan ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Khairil Awang dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Ibrahim juga meminta masyarakat mengubah persepsi mengenai Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sering dianggap sebagai latihan kelas kedua.
"TVET sendiri sudah meningkatan kapasiti, kualiti dan tahap program serta kurikulum mereka dengan model kerjasama baharu sekali gus mencatat peningkatan enrolmen.
"Kita seharusnya memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar yang tidak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
"Paling penting mereka perlu meneruskan pengajian dalam TVET yang sebenarnya memberi nilai kebolehpasaran lebih tinggi berbanding graduan universiti," jelasnya.
Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu, kerajaan komited untuk terus memperkasa institusi TVET dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa depan.
Ia disebabkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu yang bakal diwujudkan menjelang 2020 memerlukan kelayakan berkaitan program TVET.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 24 2015
!['Letak pelajar pelbagai bangsa di bawah satu bumbung sekolah' - Ibrahim 'Letak pelajar pelbagai bangsa di bawah satu bumbung sekolah' - Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448358804_IbrahimShahAbuShah.jpg)
IBRAHIM: Masyarakat perlu mengubah persepsi mengenai Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sering dianggap sebagai latihan kelas kedua. - Gambar fail
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714902359_TBzahidhamidi.jpg)
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
![#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan #MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712832713_tbAhmadZaharilMuha.jpg)
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711941509_TBMalaysiajpg.jpg)
Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar
Rakyat Malaysia seharusnya tidak memberi reaksi segera terhadap apa jua isu yang berkaitan dengan ketegangan kaum dan agama.
![Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702825534_RamananRamakrishnan.jpg)
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
![Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699077801_AaronAgoDagang.jpg)
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
![Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691208265_tbAGONG.jpg)
Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum
Titah baginda, semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari
![Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688619218_AmanatAnwarIbrahi.jpg)
Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM
Pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
![Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
![Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676117085_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar
Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.