Lepaskan kepala anjing tersangkut tin, anggota APM dapat 'tabik'

Astro Awani
Oktober 14, 2017 15:13 MYT
Gambar dua anggota APM Jasin, menyelamatkan seekor anjing liar yang tersangkut kepalanya pada tin biskut mendapat perhatian netizen. - Foto APM
Gambar dua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Jasin, Melaka menyelamatkan seekor anjing liar yang tersangkut kepalanya pada tin biskut mendapat perhatian netizen.
Operasi menyelamatkan anjing dilakukan anggota APM Jasin, Mohd Nur Shaiful Ibrahim, 29, dan Adri Sofian Seru Rahman, 20, bersama dua rakan setugas yang pantas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan mengenai nasib haiwan itu daripada orang awam.
Memetik laporan portal Harian Metro, Mohd Nur Shaiful berkata mereka membuat persediaan yang sepatutnya termasuk memakai sarung tangan.
“Kami sudah lakukan persediaan awal termasuk memakai sarung tangan, sebelum ini saya pernah menghadiri kursus dan latihan menyelamat serta mengendalikan haiwan,” katanya.
Tambah Nur Shaiful, operasi menyelamatkan anjing itu mengambil masa 15 minit.
#anggota APM #anjing #operasi #selamat
;