Lencongan sementara di susur Lebuh Gambus dari 29 Jun hingga 1 Julai

Bernama
Jun 26, 2024 23:00 MYT
Kedua-dua jalan susur keluar Lebuh Gambus, Klang akan dilencong dan ditutup secara berkala bagi memudahkan pelaksanaan kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kedua-dua jalan susur keluar Lebuh Gambus, Klang akan dilencong dan ditutup secara berkala bagi memudahkan pelaksanaan kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai.
Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd, kontraktor projek LRT3 dalam satu kenyataan memaklumkan laluan yang terjejas ialah jalan susur Lebuh Gambus (arah 2 Jalan Gambus) dan jalan susur Lebuh Gambus (Jalan Langat, arah Banting).
Penutupan lorong dan lencongan trafik bermula dari 8.30 pagi hingga 7 malam dan dari 10 malam hingga 5 pagi.
"Semasa penutupan itu, pemandu di Jalan Langat menghala ke Jalan Gambus 2 dan Lebuh Gambus menghala ke Jalan Langat, (arah Banting) akan dilencongkan ke jalan sementara.
"Lencongan dilaksanakan berikutan kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan, hubungi talian bantuan LRT3 di 1 800 18 2585, Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, tidak termasuk cuti umum.
-- BERNAMA
#jalan susur keluar #Lebuh Gambus #Klang #kerja projek LRT3
;