Lembah Klang, selatan Semenanjung bakal alami cuaca buruk - MetMalaysia

Nursyazwani Saiful Sham
November 17, 2017 12:59 MYT
Beberapa kawasan di Lembah Klang dan selatan Semenanjung akan mengalami cuaca buruk bermula awal petang ini. - Gambar hiasan.
Penduduk di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diingatkan supaya berwaspada dengan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang akan melanda negeri-negeri itu.
Menurut laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah Sepang di Selangor, daerah Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Muar di Johor turut diramal mengalami cuaca buruk sama.
Keadaan itu dijangka sehingga awal petang, Jumaat 17 November.
Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter Metmalaysia, @malaysianmet.
#angin kencang #cuaca buruk #hujan lebat #MET #MetMalaysia #Muar #Negeri Sembilan #Putrajaya #ribut petir #Sepang #Seremban
;