SHAH ALAM : Dalam usaha membantu Hospital Shah Alam menangani pertambahan pesakit saban hari, Lembaga Pelawat hospital berkenaan menggerakkan kempen 'Saya Prihatin'.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya sejak dari beberapa bulan lepas berterusan berusaha mengumpul dana bagi membantu hospital berkenaan.
“Baru-baru ini, kami menyampaikan sumbangan katil kanvas kepada Pengarah Hospital Shah Alam Selangor, Dr Ismi Rozita untuk kegunaan kepada petugas barisan hadapan hospital tersebut.
“Sumbangan itu diberikan kerana penggunaan kapasiti katil di hospital itu semakin meningkat sehingga keadaan begitu sesak terutama di Wad Kecemasan.
“Saya sempat mendengar sendiri taklimat yang diberikan oleh Pengarah Hospital Shah Alam dan merakamkan penghargaan atas semangat yang ditunjukkan oleh kakitangan hospital,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, Hospital Shah Alam juga ketika ini dalam proses menyewa kontena bagi persediaan untuk penyimpanan mayat pesakit.
“Sejak dulu, kami tidak berputus asa dalam mengumpul dana untuk peralatan perubatan seperti, pelindung muka, peralatan pelindungan peribadi (PPE), pelitup muka dan bekalan perubatan untuk hospital dan juga kakitangan hospital.
“Saya menyeru kepada seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat korporat dan mana-mana individu untuk sama-sama membantu Hospital Shah Alam,” ujarnya.
Tambahnya, mereka yang ingin memberikan sumbangan wang, barangan atau makanan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SHAH ALAM (120 380 101 37 399)
Katanya lagi, mereka juga boleh berhubung terus dengan Suhaila di talian 019-3149000 dan Salbiah (010-5035473).
Astro Awani
Tue Jul 13 2021
![Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam gerakkan kempen 'Saya Prihatin' Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam gerakkan kempen 'Saya Prihatin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626167454_IrmohizamHospital.jpg)
Irmohizam (dua kanan) ketika menyampaikan sumbangan daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam sebagai satu usaha membantu hospital berkenaan. - Gambar Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
![Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737109315_TBWTCKL.jpg)
Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim PSSTLDM, baru-baru ini dianugerahkan Anugerah Alumni Tersohor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
![Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707627287_TBPEMILUWTCKL.jpg)
Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.
![Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME) Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697790196_Irmohizam.jpg)
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
![Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652680406_IrmohizamIbrahimIrm.jpg)
Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM
Irmohizam merupakan Pro-Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.
![WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682581139_WCTKL.jpg)
WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.
![Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670486863_IrmohizamIbrahim.jpg)
Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award
Beliau diiktiraf atas usaha memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.
![Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669441784_irmohizamanugerah.jpg)
Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS
Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia.
![WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647351550_IrmohizamIbrahim.jpg)
WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.
![Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664965463_TBPAMERANWTC.jpg)
Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan
Orang ramai dijemput memeriahkan pameran Affordable Art Exhibition yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
![Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654520774_TBIrmohizam.jpg)
Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.