Seorang lelaki lemas di dalam lombong, dipercayai ketika melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Bakap Baru, Batu Gajah, dekat sini, kira-kira pukul 9 malam tadi.
Mangsa, Mohd Adha Mohd Arif, 43 tahun, dikatakan kurang siuman dan pernah mendapat rawatan di hospital Tanjung Rambutan pada 2014.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal disyaki hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong sebelah jalan dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang seorang lelaki.
Sejurus kemalangan, mangsa yang dalam ketakutan telah bertindak melarikan diri dan terus masuk ke dalam lombong berdekatan dan disyaki mati lemas.
“Pihak bomba telah dipanggil untuk mengesan mangsa dan mayatnya ditemui kira kira 10 meter dari tepi jalan di dalam kawasan lombong,” kata Ahmad Adnan dalam satu kenyataan awal hari ini.
Kemalangan berlaku di satu selekoh yang gelap kerana tiada lampu jalan.
Seorang lagi mangsa kemalangan disyaki patah kaki dan dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk menerima rawatan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 21 2019

Bomba menemui mayat mangsa kira kira 10 meter dari tepi jalan di dalam kawasan lombong. - Foto PDRM
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.

Cubaan bunuh polis, dua lelaki tempatan diberkas
Polis turut melepaskan satu das tembakan ke arah hadapan cermin kereta dinaiki suspek, untuk mempertahankan diri.

Wanita rugi RM118,880 jadi mangsa 'phone scam'
Suspek mendakwa mangsa akan dikenakan hukuman gantung dan 15 sebatan kerana terlibat dalam kes jenayah berat.

Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000
Suspek telah mengugut mangsa untuk memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Tidak sempat rai hari jadi, tiga lelaki maut kereta bertembung lori tangki
Mangsa dikenal pasti sebagai S.Srinivasa Rao, 19; M.Phooveandra, 26; dan KC Thinakaran,19, yang menaiki kereta jenis Volkswagen.

Pelajar maut langgar belakang treler
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu.

Pengguna alih penghadang konkrit elak kesesakan
Tindakan ini adalah satu kesalahan kerana boleh membahayakan dan mengelirukan pengguna jalan raya lain dengan laluan sebenar yang sepatutnya digunakan.

Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung
Mangsa berusia 54 tahun dipercayai masih dalam kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang.

Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam
Mangsa menyerahkan segala butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek wanita yang dikenali dengan panggilan Jasmin.