Lemas di Telemong: SAR cari mangsa kelima diperluas - Bomba

Bernama
Disember 21, 2021 15:23 MYT
Semalam dilaporkan empat mayat warga tempatan ditemukan dalam insiden banjir lumpur di Telemong. - Gambar fail/BERNAMA
BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kelima kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini diperluaskan kepada lima kilometer radius kawasan pencarian.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Sufian Yakub berkata ketika ini operasi SAR memfokuskan kawasan seberang sungai, melibatkan dua buah bot penyelamat dengan kekuatan 20 anggota bomba dan polis.
"Operasi diperluaskan ke kawasan hilir sungai dan mencari di kawasan seberang sungai," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian hari ini.
Selain itu, Sufian berkata 51 sukarelawan yang terdiri daripada orang kampung Felda Chemomoi, di sini turut membantu misi SAR itu.
Banjir | Empat mayat mangsa arus deras ditemui, satu hilang
BACA: Saksi nampak arus deras setinggi tiga tingkat
[LAPOR LANGSUNG] Sembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam
Semalam, Bernama melaporkan empat mayat warga tempatan ditemukan dalam insiden banjir lumpur di Telemong, di sini.
Terdahulu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan masuk ke tempat kejadian sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
-- BERNAMA
#Banjir 2021 #tanah runtuh #telemong #Bentong
;