JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah dan positif dadah jenis methamphetamine di Iskandar Puteri, dekat sini pada minggu lalu.
Pertuduhan pertama, Muhammad Hairezal Mohd Rafpi, 33, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam seberat 22,217 gram di sebuah kediaman di Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri pada jam 10.30 malam, 13 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan.
Pertuduhan kedua pula, Muhammad Hairezal didakwa memberikan dadah berbahaya jenis Methamphetamine ke dalam diri sendiri di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 5 pagi, 14 Januari lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 15 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun dan perintah pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Samsuddin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh dilihat bertanyakan sama ada dia boleh diberikan jaminan namun mahkamah memaklumkan dia tidak layak kerana membabitkan kes hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ahmad Rofaif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 8 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023
Tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam seberat 22,217 gram di sebuah kediaman di Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri pada jam 10.30 malam, 13 Januari lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Lelaki warga Singapura mengaku tak salah dakwa diri rasul
Idris Ami, 60, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulfikri Yasoa'.
Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru
Menurut maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.
Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu
Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad.
Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal
Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.
Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur
Sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.
Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan
Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.