GUA MUSANG: Dalam tempoh kurang 48 jam seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di sini, kali ini di sebuah ladang di Kampung Meranto melibatkan lelaki warga Myanmar yang maut akibat serangan itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo dalam kenyataan berkata, mangsa Ahka Soe Ya, 22, diserang haiwan itu kira-kira 1.30 tengah hari ketika menoreh getah bersama isterinya.
Sik berkata, mangsa dibawa ke hospital oleh empat warga Myanmar termasuk isterinya selepas meminta bantuan seorang lelaki tempatan yang berada di tapak pemeriksaan kayu balak berhampiran.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.
"Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau," katanya.
Sik berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) katanya akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap dalam usaha mengesan serta menangkap haiwan buas itu.
Pada Jumaat, mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan di sebuah ladang di Hutan Simpan, Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto.
Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai angkara harimau apabila anggota penyelamat menemukan cebisan kaki mangsa di kawasan cerun kira-kira 500 meter dari lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Cebisan badan dan sebahagian kaki mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Dalam tempoh kurang 48 jam seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di sini, kali ini di sebuah ladang di Kampung Meranto melibatkan lelaki warga Myanmar yang maut akibat serangan itu.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.