Lelaki warga India lemas di Tasik Dayang Bunting

Bernama
Mac 19, 2025 18:05 MYT
Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki warga India ditemukan lemas di Tasik Dayang Bunting, Langkawi hari ini.
Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohd Zamri Abd Ghani berkata mangsa dikenali sebagai Vivek Ashok, 55, ditemukan pada 2.29 petang.
"Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian lemas pada 12.05 tengah hari. Operasi pencarian di permukaan menemukan mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata difahamkan mangsa ke tasik itu untuk melakukan aktiviti air.
Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi.
-- BERNAMA
#Lelaki lemas #warga india #Tasik Dayang Bunting #Langkawi #BBP
;