Lelaki warga asing pecahkan cermin kereta dicekup
Sinar Harian
Februari 12, 2024 18:57 MYT
Februari 12, 2024 18:57 MYT
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat di kilometer (KM) 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara dengan cara memecahkan cermin kenderaan, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Jenayah (JSJ), Kontinjen Johor sekitar jam 3.30 pagi, Ahad di kawasan Genting Highlands, Pahang.
“Selain menahan suspek, polis turut merampas sebuah kenderaan kejadian dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari mulai 12/2/2024 hingga 14/2/2024,” katanya. -Sinar Harian
#Genting Highlands
#lelaki warga asing
#pecah cermin kenderaan
#warga asing
#Lebuh Raya Utara Selatan