Lelaki tua kemaruk onani di tempat awam
Nazialita Geynna Maharan
Februari 8, 2018 18:53 MYT
Februari 8, 2018 18:53 MYT
Seorang lelaki tua kemaruk seks menjadi buruan polis apabila dikatakan sering mengambil gambar gadis secara sembunyi di lokasi awam, sebagai ‘bahan’ tontonan demi kepuasan onani.
Lelaki terbabit juga menjadikan sebuah pasaraya di sini, sebagai 'port' melepaskan ketagihan sehingga aksinya dirakam dan menjadi viral di laman Facebook.
Gambar dan perbuatan lelaki itu dimuat naik oleh saksi pada status Facebook, 4 Februari lalu.
Menurut saksi, lelaki itu mendekati dan beronani di belakang mangsa yang sedang melihat persembahan di ruang legar di sebuah pasar raya.
Melalui status Facebook saksi, kemudiannya menjadi tular sehingga mendapat perkongsian mencecah sehingga 2,000.
Selepas itu, dalam satu entrinya, saksi mendakwa berjaya menghubungi mangsa dan memaklumkan kejadian terbabit.
Berikutan itu, mangsa melakukan laporan polis pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan.