Lelaki tikam perut bekas kekasih direman

Adie Sufian Zulkefli
Jun 8, 2017 08:42 MYT
Mangsa Hazwani Ismail, 23, dilaporkan ditikam empat kali di tepi jalan berdekatan Taman Serindit, Jalan Langgar di sini. -Gambar fail
Suspek lelaki yang disyaki menikam perut bekas kekasihnya pada lewat petang Isnin lalu direman tujuh hari bermula hari ini.
Mangsa Hazwani Ismail, 23, dilaporkan ditikam empat kali di tepi jalan berdekatan Taman Serindit, Jalan Langgar di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, suspek berusia 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Suspek ditahan polis di depan sebuah hotel semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu Hazwani cedera ditikam dengan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran.
Mangsa yang turut cedera di jari dan lutut kiri kini stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah.
#Alor Setar #cedera #mangsa #siasatan #suspek