Lelaki tikam bekas kekasih direman tujuh hari

Astro Awani
Jun 8, 2017 07:06 MYT
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Hazwani Ismail, 23, cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran kerana mahu memutuskan hubungan cinta antara mereka berdua. - Foto Astro AWANI
Lelaki yang disyaki menikam perut bekas kekasihnya pada Isnin lalu di tepi jalan berdekatan Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin suspek berusia 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Hazwani Ismail, 23, cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran kerana mahu memutuskan hubungan cinta antara mereka berdua.
Mangsa dilaporkan ditikam empat kali selain cedera di jari dan lutut kiri dan keadaannya dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah. Suspek itu ditahan polis di hadapan sebuah hotel semalam.
#reman #tujuh hari