Lelaki tertekan putus cinta 'naik pelamin' di JAWI

Astro Awani
April 7, 2021 19:11 MYT
Foto seorang lelaki yang tidak berkasut secara tiba-tiba duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan kuat di ruang majlismakad nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Rabu. - Gambar Twitter JAWI
KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini digemparkan dengan tindakan seorang pemuda yang dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat putus cinta selepas lelaki berkenaan meluru ke ruang majlis akad nikah.
JAWI dalam kemas kini di laman Twitter rasmi hari ini memaklumkan, lelaki berkenaan yang tidak berkasut secara tiba-tiba duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan kuat.
"Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta.
"Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.
"Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta," demikian tulis JAWI dalam entri tersebut, hari ini.

Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat. pic.twitter.com/xmVvapDaF8

— JAWI Official (@myJAWIKL) April 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi kemas kini tersebut, JAWI turut berkongsi sekeping gambar memaparkan dua pengawal keselamatan dipercayai sedang memujuk lelaki berkenaan.
JAWI dalam entri berkenaan turut mendoakan agar lelaki berkenaan diberikan kesembuhan dan kemudahan untuk menghadapi ujian berat dalam hidupnya itu.
Setakat ini, kemas kini tersebut mendapat twit semula lebih 3,700 pengguna media sosial.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati dan berharap lelaki berkenaan tabah.
#Twitter #JAWI #media sosial #Putus Cinta #tekanan perasaan
;