Lelaki tempatan mati akibat dipukul di Bandar Utama

Bernama
Jun 22, 2014 14:27 MYT
Bangunan First Avenue di mana mangsa dipukul sehingga mati. - Gambar fail
Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat dipukul di First Avenue Bandar Utama, di sini awal hari ini.
Ketua polis Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata sebelum kejadian pada 2 pagi itu, Tan Bon Hock, 46, bersama tiga rakannya, bertengkar dengan tiga suspek berhampiran tandas sebuah pusat hiburan di situ.
"Menurut rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada suspek kemudian mendapatkan mangsa dan memukul, menendang serta menumbuknya," kata beliau apabila dihubungi.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
#Azmi Abu Kassim #First Avenue #mati #pukul
;