Lelaki tanpa identiti maut dirempuh komuter

Hilmi Malik
Mei 5, 2023 17:19 MYT
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter di landasan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seputeh pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa belum dapat disahkan identitinya.
“Mangsa berambut pendek dan berpakaian baju dan seluar berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Amihizam dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
#Ketua Polis Daerah Brickfileds #ACP Amihizam Abdul Shukor #lelaki dilanggar komuter #lelaki maut
;