Lelaki tahan sakit cincin tersekat di jari
Ruzaini Zulkepli
April 28, 2021 22:10 MYT
April 28, 2021 22:10 MYT
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 45 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila sebentuk cincin tersekat di jari kelingking sehingga menyebabkannya bengkak.
Tidak dapat bertahan, dia akhirnya meminta bantuan perubatan sebelum pasukan bomba dipanggil untuk membantu pada Rabu.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan bagi khidmat khas memotong cincin itu daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.
"Sepasukan anggota yang menerima maklumat kejadian itu kemudiannya bergegas ke lokasi (hospital) untuk operasi terbabit.
"Setibanya pasukan di lokasi, pasukan bertindak dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘grinder’ kecil untuk memotong cincin tersebut pada bahagian jari kelingking sebelah tangan kanan lelaki itu," katanya.
Operasi tersebut tamat pada jam 11.07 pagi, katanya.