Lelaki simbah anak dengan air panas direman 4 hari
Astro Awani
Januari 7, 2019 14:42 MYT
Januari 7, 2019 14:42 MYT
Lelaki yang didakwa mencederakan anak perempuannya dengan menyimbah air panas pada badan kanak-kanak itu minggu lepas direman selama empat hari mulai Isnin.
Turut direman isteri suspek berusia 34 tahun.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi pada Isnin.
Pada Ahad, suspek berusia 41 tahun itu ditahan bersama isterinya di hadapan sebuah kedai di Jalan Paya Terubong, kira-kira jam 10 pagi selepas lebih seminggu melarikan diri.
Pasangan tersebut turut membawa anak bongsu mereka.
Setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 13 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam kejadian pada 27 Disember lalu, suspek bertindak demikian kerana berang selepas mendapati makanan di rumah mereka dihabiskan empat anaknya.
Mangsa mengalami lecur tiga peratus pada lengan, rusuk dan dada kanan selepas disimbah air panas dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
#Akta Kanak-Kanak
#anak disimbah air panas
#ayah simbah air panas
#Kanak-kanak
#Mahkamah Majistret
#Muna Maria Azmi
#reman
#Seksyen 13
#simbah air panas