Lelaki sering halusinasi maut tembak diri sendiri

Adie Sufian Zulkefli
Disember 29, 2017 20:53 MYT
Seorang lelaki maut dipercayai menembak diri sendiri dengan senapang patah di rumahnya di Kampung Poh Mu, Padang Sanai, Padang Terap hari ini. -Foto Astro AWANI
Seorang lelaki maut dipercayai menembak diri sendiri dengan senapang patah di rumahnya di Kampung Poh Mu, Padang Sanai, Padang Terap hari ini.
Dalam kejadian jam 11 pagi tadi, mangsa Mohamad Aidilfitri Romly, 25, ditemukan berlumuran darah oleh bapanya Romly Ariffin, 56, di dalam bilik tidur.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Noh Idris, ketika kejadian bapa mangsa sedang berehat di kawasan kebun berhampiran rumahnya apabila terdengar bunyi tembakan senapang patah miliknya dari dalam bilik.
Dia kemudian meluru ke dalam rumah dan menemui mangsa berlumuran darah dipercayai setelah menembak diri sendiri di bahagian dada.
Siasatan awal mendapati mangsa sering mengalami gangguan halusinasi.
Ketika kejadian, mangsa bersendirian di dalam rumah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
#halusinasi #Hospital Sultanah Bahiyah #HSB #Mohamad Aidilfitri Romly #Noh Idris #senapang patah #tembakan
;