Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan

Hilmi Malik
Mac 1, 2021 00:03 MYT
Kebakaran telah memusnahkan hampir 90 peratus kawasan perumahan setinggan itu, menurut pihak bomba.- JBPM
AMPANG: Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam kebakaran besar di perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya, Ampang pada Isnin malam.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 malam sebelum tiba di lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.
Jurucakap bomba berkata, kebakaran mengakibatkan kemusnahan hampir 90 peratus kawasan perumahan berkenaan.
Bagaimanapun bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 9 malam.
Operasi pemadaman melibatkan beberapa pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Ampang, Pandan, serta Kuala Lumpur.
Setakat ini operasi serta siasatan masih giat dijalankan sementara punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sementara itu, identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.
Kebakaran | Seorang maut kebakaran rumah setinggan
#kebakaran #mangsa kebakaran #rentung #Ampang #Taman Pandan Jaya #JBPM #setinggan #maut #lelaki #kebakaran besar setinggan
;