Lelaki potong kemaluan bapa dan diri sendiri
Astro Awani
Mac 24, 2013 17:19 MYT
Mac 24, 2013 17:19 MYT
Seorang lelaki dilaporkan tiba-tiba naik angin sebelum bertindak membelasah bapa kandungnya sendiri dan memotong kemaluan mangsa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi di Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.
Tidak cukup dengan itu suspek berkenaan yang merupakan seorang penyelia sebuah kilang di Balakong, Selangor kemudiannya memotong kemaluannya sendiri .
Menurut isteri mangsa, suaminya sebelum itu bangun untuk pergi ke bilik air sebelum suspek yang berusia 40 tahun itu secara tiba tiba menghantukkan kepala suaminya ke lantai dan memijak mangsa berkali kali.
Beliau cuba menyelamatkan suaminya selepas suspek beredar .
Namun anaknya itu masuk semula ke dalam bilik dengan membawa pisau lalu memotong kemaluan bapanya.
Dia berkata, seorang lagi anaknya yang berada di bilik sebelah turut cuba membantu namun melarikan diri apabila suspek menerpa ke arahnya.
Isteri suspek yang berusia 33 tahun berkata, dia sekeluarga tinggal di balakong, Selangor.
Suaminya ,anak kedua dari sebelas beradik pulang ke kampungnya di Ketengah Jaya, Sabtu lalu.
Pada awalnya mereka bersama tiga anak yang lain merancang untuk pulang ke kampung bersama namun suaminya pulang bersendirian.
Kedua-dua beranak itu kini dirawat di hospital Dungun sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.
Mangsa ,dilaporkan kritikal manakala anaknya berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Kilk untuk kuti sidang media oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K.Manoharan mengenai insiden itu.