Lelaki pecah kuil: Komuniti Hindu di Ipoh diminta bertenang - KPN

Azyyati Ahmad
April 25, 2016 10:29 MYT
KHALID: lelaki tersebut telah dihantar ke hospital di Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut.
Masyarakat Hindu di Ipoh diminta agar bertenang terhadap insiden patung dewa dipecah di sebuah kuil di Ipoh pada Ahad malam.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kejadian itu dilakukan oleh seorang lelaki kurang siuman dipercayai bekas doktor yang baru sahaja dipecat.
"Lelaki tersebut baru sahaja dipecat dari Hospital Besar Ipoh kerana masalah kesihatan mental.
"Lelaki tersebut telah pun diberkas sejurus selepas kejadian dan dihantar ke hospital di Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut," katanya dalam ucapan di Bicara persada UKM Bangi hari ini.
Berhubung isu yang sama beliau meminta komuniti Hindu di Ipoh supaya bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang tindakan di luar batasan undang- undang.
Dalam kejadian pada Ahad, seorang lelaki berusia 29 tahun pada jam 5.10 petang telah bertindak menceroboh sebuah kuil dengan sebilah parang.
#Khalid Abu Bakar #lelaki tidak siuman #masalah mental #PDRM #pecah patung kuil #sensitiviti kaum
;