Lelaki patah bahu terjatuh ketika aktiviti paragliding di Pengkalan Hulu

Abd Razak Mohd Ali
Januari 9, 2022 17:43 MYT
Anggota bomba bertindak menurunkan mangsa yang tersangkut dan cedera, seterusnya memberi rawatan awal. - JBPM
GERIK: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Taman Tasik Permai, Pengkalan Hulu, dekat sini, hari ini
Mangsa, Rizal Abdul Manap, 35, dikatakan mengalami kecederaan patah bahu kanan selepas tersangkut di rimbunan pokok buluh.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.53 petang
“Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu, didapati seorang lelaki Melayu tersangkut pada pokok buluh, dipercayai hilang kawalan semasa melakukan aktiviti paragliding,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba bertindak menurunkan mangsa sebelum memberi rawatan awal.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Visal a/l Reang tamat jam 3.18 petang.
#patah bahu #paragliding #pengakalan hulu #bomba
;