Lelaki Pakistan beri RM5, minuman selepas liwat remaja

Sinar Harian
Mac 13, 2021 20:13 MYT
Suspek yang merupakan warga Pakistan berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 11.17 pagi selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang pembantu kedai ditahan polis selepas dipercayai meliwat remaja lelaki pada Selasa lalu.
Suspek yang merupakan warga Pakistan berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 11.17 pagi selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 10.25 pagi, 5 Mac lalu ketika mangsa pergi ke kedai runcit tempat suspek bekerja di pekan Telipok untuk membeli minuman.
"Ketika mangsa hendak membayar di kaunter, suspek mengajak mangsa bersembang sebelum memujuknya masuk ke bahagian kaunter dan meminta mangsa memegang kemaluannya.
"Suspek bertindak membuka seluar sebelum meliwat mangsa. Selepas selesai, suspek kemudian mengarah mangsa memakai semula seluarnya dan kemudian memberikan minuman serta wang sebanyak RM5 sebagai ganjaran sebelum pulang ke rumahnya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Habibi berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada 8 Mac lalu.
"Suspek ditahan dan kini direman untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana kesalahan meliwat," katanya.
#meliwat remaja lelaki #warga Pakistan dituduh meliwat #liwat remaja #Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu #Habibi Majinji
;