Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Gombak

Bernama
Februari 15, 2022 19:50 MYT
Norazam berkata ketika kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi, mangsa Mohamad Fairuz Mohamad Anbor, 44, berada bersama ibu serta dua adiknya di dalam rumah didiami mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai, Gombak, di sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata ketika kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi, mangsa Mohamad Fairuz Mohamad Anbor, 44, berada bersama ibu serta dua adiknya di dalam rumah didiami mereka.
"Insiden kebakaran itu dimaklumkan adik mangsa kepada pihak bomba sebelum anggota bomba bergegas bagi melakukan pemadaman. Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
#oku rentung #kebakaran di Gombak #bomba #Norazam Khamis
;