Lelaki nyaris maut kereta dipandu jatuh gaung 80 meter

Vivi Sumanti
April 5, 2022 18:46 MYT
Lelaki berusia 48 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX itu terjatuh ke dalam gaung di tapak pembinaan cerun jalan.
BENTONG: Sebuah kereta terbabas masuk ke dalam gaung di KM 5.6, Jalan Genting Highlands di sini, pagi ini.
Lelaki tempatan berusia 48 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX terjatuh ke dalam gaung di tapak pembinaan cerun jalan sedalam kira-kira 80 meter dari jalan utama sekitar pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dipercayai terbabas sendiri ke dalam gaung.
“Lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian leher dan sakit bahagian dada. Mangsa telah hantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mohon kerjasama pengguna jalan raya yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya sambil memaklunkam kejadian itu disiasat di bawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SeHubungan itu, Zaiham menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat.
#lelaki nyaris maut #jatuh gaung #80 meter #jalan Genting Highlands
;