GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli terpaksa menetak harimau belang menggunakan golok bagi menyelamatkan diri selepas diterkam haiwan berkenaan dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai, di sini, pada Isnin.
Kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa, Adin Andok, 43, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.
Tindakan berani itu berjaya menyelamatkannya daripada dibaham harimau berkenaan, bagaimanapun Adin mengalami luka di bahagian lengan kanan dan kiri serta mata.
Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut pada bahagian mata.
Sementara itu anak mangsa, Kenwak Adin,25, berkata dia bersyukur apabila ayahnya terselamat dalam kejadian 'ngeri' itu.
"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan semua pihak yang telah berusaha sebaik mungkin merawat ayah saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, dia berharap ayah kembali sihat dan dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa selepas ini.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki tetak harimau belang untuk selamatkan diri
Sinar Harian
Wed Jul 07 2021

Keadaan Adin selepas diterkam harimau belang dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang pada Isnin. -Foto Sinar Harian
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.