Lelaki Nepal maut dihempap jengkaut

Bernama
Oktober 15, 2021 05:45 MYT
Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan pada 9.26 malam selepas jengkaut tersebut berjaya dialihkan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pemandu jengkaut warga Nepal maut dihempap jentera itu yang terbalik di Dusun Eco Resort, Bentong, dekat sini semalam.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata lelaki berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata lapan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 3.10 petang.
Katanya, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan pada 9.26 malam selepas jengkaut tersebut berjaya dialihkan.
-- BERNAMA
#jengkaut #warga Nepal #JBPM Pahang #maut dihempap jengkaut
;