Lelaki nekad bakar diri meninggal dunia

Bernama
Mac 21, 2019 04:56 MYT
Lelaki berumur 21 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seri Manjung itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 petang. - Gambar hiasan
Lelaki yang cedera parah selepas dikatakan nekad membakar diri sendiri dalam satu kejadian di Sitiawan dekat sini, Selasa lepas, meninggal dunia petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata lelaki berumur 21 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seri Manjung itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 petang.
"Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bintang kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa dikatakan bertindak membakar diri sendiri sehingga melecur hampir 90 peratus bahagian badan dipercayai selepas bergaduh dengan teman wanitanya.
-- BERNAMA
#ACP Muhammad Hanif Othman #bakar diri #Hospital #ICU #Ketua Polis Daerah Manjung #lelaki #lumut #mangsa #manjung #meninggal dunia