Seorang remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini malam tadi akibat kencing tikus (leptospirosis) dan kegagalan organ berfungsi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata remaja berumur 18 tahun dan merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam.
"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bahawa lelaki berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu disahkan meninggal dunia setelah tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi, HSA.
"Dikatakan bahawa dia ada mengunjungi Air Terjun Gunung Pulai pada April lepas dan pada awalnya, dia mengalami sakit perut, selesema, demam selama tiga hari serta lemah anggota badan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ayub berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini dalam proses penyiasatan dan mengenal pasti pergerakan lelaki itu sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Beliau sehubungan itu, menasihati semua pengunjung mana-mana air terjun atau pusat rekreasi sekitar April dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan klinik kesihatan dengan kadar segera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Jabatan Kesihatan Johor menasihati semua pengunjung mana-mana air terjun atau pusat rekreasi sekitar April dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan klinik kesihatan dengan kadar segera. - Gambar hiasan
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kencing Tikus: Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara
Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari bermula hari ini hingga 30 Ogos.
Kes kencing tikus di Melaka meningkat - Exco
Kes leptospirosis atau kencing tikus di Melaka mencatatkan peningkatan kepada 80 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 6 Julai lepas berbanding 28 kes sepanjang tahun lepas.
Kencing tikus: Taman Eko Rimba Puncak Janing pula ditutup
Taman Eko Rimba Puncak Janing dekat Padang Terap ditutup sementara bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan terdapat dakwaan berlaku kes jangkitan kencing tikus.
JKNT nafi 16 kes kencing tikus di Air Terjun Menderu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan hanya dua kes disyaki jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan berkaitan dengan pengunjung Air Terjun Menderu di Kemaman.
105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah
Sebanyak 105 kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis telah dicatatkan di Kedah dari 1 Jan hingga 8 Jun lepas dengan satu kematian direkodkan.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
Leptospirosis: Sampel kedua lima pesakit diambil - Ngwe
Sampel kedua lima pesakit disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin telah diambil mengikut prosedur ditetapkan.
Bekas penyerang kebangsaan, Roshidi Shaari diintubasi, dipercayai kena jangkitan kencing tikus
Roshidi Shaari, 67, terpaksa diintubasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas disyaki terkena jangkitan kencing tikus.
Kencing tikus: Taman Eko Rimba Bukit Wang ditutup sementara
Taman Eko Rimba Bukit Wang di Jitra, daerah Kubang Pasu ditutup sementara waktu bermula 15 Jun sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Mangsa banjir, petugas PPS digalak ambil ubat cegah kencing tikus
Ubat berkenaan tidak berbahaya dan bekalannya boleh diperoleh daripada petugas kesihatan di PPS terlibat.