Lelaki melecur 96 peratus meninggal dunia
Sinar Harian
Februari 17, 2022 05:50 MYT
Februari 17, 2022 05:50 MYT
KANGAR: Lelaki yang kritikal selepas melecur 96 peratus pada badan kerana membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, dekat sini pada malam Rabu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita pada Khamis.
Beliau memberitahu, polis menerima makluman tentang keadaan terkini lelaki berusia 28 tahun itu pada hari sama.
Bagaimanapun, katanya, maklumat tentang waktu kematian mangsa tidak diberitahu kepada polis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lelaki itu didakwa tekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.
Wari berkata, berkata, keluarganya telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.
Menurutnya, lelaki itu pernah beberapa kali cuba membunuh diri dan kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.
*Berita asal di Sinar Harian
Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)