Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Sinar Harian
April 18, 2021 11:58 MYT
April 18, 2021 11:58 MYT
BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemateri elektrik untuk membuat kerja penyambungan bekalan elektrik dari sebuah rumah di Kampung Bundu, Kuala Penyu pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.25 petang, mangsa, Liew Kok Phin, 29, disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.18 malam.
Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang melakukan penyambungan elektrik dari rumah milik bapa mentuanya.
"Mangsa dipercayai terjatuh selepas terkena renjatan elektrik dari alat pemateri yang digunakannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat renjatan elektrik.
Berita asal: Lelaki maut terkena renjatan elektrik
#renjatan elektrik
#penyambungan bekalan elektrik
#Kampung Bundu
#kuala penyu
#Liew Kok Phin
#Azmir Abd Razak
#alat pemateri