Lelaki maut terkena renjatan elektrik
Ridzal Abdullah
Oktober 16, 2020 19:24 MYT
Oktober 16, 2020 19:24 MYT
SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di Pasar Batu 2, Sandakan, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Irwan, 30 tahun, sedang berehat di bawah jambatan di kawasan terbabit.
Mangsa kemudiannya terkena renjatan lalu terjatuh ke dalam air di parit berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 tengah hari lalu menghantar tujuh anggota ke lokasi.
"Sebaik tiba seorang lelaki ditemui terapung berada dalam parit lalu dibawa ke darat.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyatan media, pada Jumaat.