Lelaki maut terjatuh longkang selepas dibawa arus deras

Bernama
Oktober 28, 2017 20:41 MYT
Lelaki yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang bersama motosikalnya dan dibawa arus deras di Jalan Tun Sardon menghala ke Balik Pulau, malam tadi telah dikenal pasti sebagai Goh Teng Thye, 45 tahun.
Lelaki yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang bersama motosikalnya dan dibawa arus deras di Jalan Tun Sardon menghala ke Balik Pulau, malam tadi telah dikenal pasti sebagai Goh Teng Thye, 45 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan A. A. Ambalagan, identiti mangsa yang beralamat di Pitt Street, George Town dikenal pasti berdasarkan pada nombor pendaftaran motosikalnya.
Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Relau menuju ke Balik Pulau telah merempuh laluan air deras di atas jalan raya sebelum terjatuh.
Mangsa kemudiannya dihanyutkan oleh arus deras ke dalam longkang dan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan dihempap batu besar.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada disebabkan oleh jatuh dari tempat tinggi.
Pada masa yang sama, Ambalagan berkata, tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan mengklasifilasikan kes sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian jam 9.50 malam tadi, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berkenaan dan dibawa arus deras akibat hujan lebat sebelum mayatnya ditemui pada jam 2.28 pagi Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamatkan yang dilakukan kemudianya menemui motosikal milik mangsa jenis SYM bernombor pendaftaran PKA 520 tersangkut pada penutup longkang pada pada jam 11.15 malam.
Pencarian yang diteruskan dengan mengikut aliran arus pada jarak 500 meter kemudiannya membawa kepada penemuan mayat mangsa yang ditemui tersepit di celah batu besar di dalam sungai.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa menjadi sukar berikutan mangsa tersepit pada batu besar dan berat termasuk arus air sungai yang deras.
Mayat mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan pada jam 3.40 pagi dan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
#Ambalagan #arus deras #Goh Teng Thye #lelaki #longkang #mati #meninggal dunia
;