Lelaki maut motosikal terbabas ke dalam longkang

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 31, 2020 03:54 MYT
Anggota bomba membawa naik mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Persiaran Cempaka Sari 34, Taman Cempaka, dekat sini, hari ini.
Mangsa, P. Paramaswaran, 57, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.28 pagi.
“Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa bersama motosikal masih berada di dalam longkang,” katanya dalam sstu kenyataan.
Anggota bomba membawa naik mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #jatuh dalam longkang #JBPM #Paramaswaran #Persiaran Cempaka Sari 34 #Taman Cempaka