Lelaki maut, motosikal terbabas jatuh longkang
Abd Razak Mohd Ali
Januari 8, 2024 06:50 MYT
Januari 8, 2024 06:50 MYT
IPOH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas jatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Perpaduan, Meow Garden, Tambun, dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 11.17 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 yang terbabas dan jatuh ke dalam longkang.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa India berusia 45 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, anggota bomba mengangkat mangsa menggunakan pengusung ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nashafuddin Mat Dohon tamat jam 11.50 malam.