Lelaki maut motosikal langgar tiang elektrik
Sinar Harian
April 22, 2022 07:45 MYT
April 22, 2022 07:45 MYT
KUALA PILAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang elektrik di Kilometer 4 Jalan Sawah Lebar-Sungkak di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa, Muhamad Faizal Abdul Wahab, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dalam perjalanan dari arah Jempol menghala ke Kuala Pilah.
"Namun sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan.
"Kejadian itu mengakibatkan mangsa tercampak di tengah jalan dan alami kecederaan parah serta disahkan meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini bagi tujuan bedah siasat.
Ujarnya, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan keadaan jalan agak gelap tetapi berlampu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian