Lelaki maut, kereta rempuh lori balak

Rudi Affendi Khalik
September 2, 2022 06:15 MYT
Keadaan kerata mangsa yang terlibat dalam nahas dengan sebuah lori muatan kayu balak di Simpang Bijih, Jalan Sibu-Selangau. - Foto JBPM Sarawak
SIBU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan Proton Wira yang dipandunya melanggar sebuah lori yang membawa muatan kayu balak.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, insiden berlaku di Simpang Bijih, Jalan Sibu-Selangau sekitar jam 8 malam pada Jumaat.
Identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Joelin Mat, 38.
Kata Henderi, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.07 malam dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau menuju ke lokasi.
"Setiba di lokasi, pasukan mendapati insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan berat lori membawa muatan kayu balak dan sebuah kereta Proton Wira.
"Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Proton Wira dan beliau segera dikeluarkan oleh pihak bomba yang terlibat.
Bagaimanapun katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik yang tiba kemudian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur bedah siasat.
Kemalangan | Lelaki maut, kenderaan dipandunya rempuh lori balak
#Balai Bomba dan Penyelamat #Nahas #Lori #Joelin Mat
;