Lelaki maut kereta langgar belakang lori
Adie Sufian Zulkefli
Mei 20, 2018 12:02 MYT
Mei 20, 2018 12:02 MYT
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya melanggar bahagian belakang lori membawa muatan getah di Alor Setar awal pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat.
Mangsa, Ramli Ahmad, 52 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena selepas bersahur.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan II Mihat Jaafar, setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu dalam keadaan tersepit.
Manakala pemandu lori berkenaan tiada di tempat kejadian dipercayai melarikan diri.
Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.