Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori

Bernama
April 4, 2023 11:30 MYT
S Vitra Stevan maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Israhanafi Ismail berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 4.19 pagi itu, S.Vitra Stevan, 44, yang memandu kereta Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian setelah tersepit di bahagian pemandu.
"Kita membuat 'size up' di lokasi kejadian dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas "rescue tool" pada 4.51 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
#Nahas #tersepit #meninggal dunia #Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
;