Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras

Fareez Azman
Mac 31, 2023 11:14 MYT
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai menggantung diri di ruang tamu sebuah unit di flat perumahan di Cheras, ibu negara pada Khamis
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8 malam (Khamis) selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam.
"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa, seorang warganegara tempatan berusia 37 tahun berada dalam keadaan tidak sedar diri," memetik kenyataan itu.
Pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur mendapati mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal turut mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden terbabit.
"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian si mati
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta untuk menyalurkan kepada Ketua Balai Polis Cheras, ASP Mohd Redzuan Md Darus ditalian 03-9205-0301," jelasnya lagi.
#gantung diri #flat Cheras Kuala Lumpur #Hospital Kuala Lumpur #Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin