Lelaki maut ditikam di pusat karaoke
Astro Awani
September 21, 2014 11:57 MYT
September 21, 2014 11:57 MYT
Seorang maut ditikam manakala seorang lagi cedera selepas terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah pusat karaoke dekat Kampung Baru Sungai Buloh pagi tadi.
Menurut saksi, mangsa dan rakannya dikatakan sebelum itu berkaraoke bersama suspek dan rakan mereka sejak pukul 11 malam.
Kira-kira jam 2 pagi tadi, tercetus pergaduhan sehingga menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa di leher. Manakala seorang lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Menurut Ketua Polis Sungai Buloh Supritendan Junaidi Bujang, kejadian terbabit sempat dirakamkan kamera litar tertutup, CCTV premis terbabit.
2 suspek yang juga adik beradik berusia 19 dan 21 tahun berjaya diberkas sejurus selepas kejadian. Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Shahrul Ali, 22 tahun.
Beberapa rakan mangsa dan suspek terlibat turut dipanggil untuk diambil keterangan.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.