Lelaki maut ditikam adik sendiri
Muhafandi Muhamad
Mei 8, 2017 19:41 MYT
Mei 8, 2017 19:41 MYT
Seorang lelaki maut ditikam adiknya sendiri dipercayai berpunca perselisihan faham dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Kulim, Tumpat, awal pagi Isnin.
Mangsa, Tan Seng Choon, 52 tahun, ditikam adik lelakinya berusia 50 tahun dengan sebilah pisau pada jam 12.30 malam.
Seng Choon yang cedera parah meninggal dunia ketika diberi rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata siasatan awal mendapati dua beradik itu bergelut sebelum Seng Choon ditikam dan cedera di dada dan perut.
Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke klinik, kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi.
Mayat Seng Choon dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Suspek yang dipercayai mengalami masalah mental sejak 2003 ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.