Lelaki maut dihempap runtuhan dinding konkrit

Astro Awani
Januari 7, 2019 19:15 MYT
Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di bawah runtuhan dinding konkrit yang runtuh. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas dihempap runtuhan dinding konkrit rumah yang sedang dirobohkan di Taman Sri Rambai, di sini pada petang Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa Chiam Meng Kuang, 50, maut di tempat kejadian.
Manakala seorang lagi mangsa berusia 40-an cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perda, Pegawai Bomba Kanan II, Shaikh Abdul Halim Shaikh Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.17 petang.
Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di bawah runtuhan dinding konkrit yang runtuh.
Mangsa yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia olah pasukan perubatan HBM.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata ia berlaku ketika operasi meroboh rumah yang dilakukan di Taman Sri Rambai bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir yang bermula di situ minggu lalu.
Katanya, pemilik kediaman memohon untuk merobohkan sendiri kediamannya, namun berlaku kejadian tidak diingini hingga meragut nyawanya.
#bomba #Bukit Mertajam #dihempap konkrit #mangsa #maut #meninggal dunia #operasi
;