Lelaki maut dibelit ular, ular dipukul hingga mati

Dania Zainuddin
Januari 28, 2018 14:38 MYT
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa Zaim Khalis Kosnan yang berusia 35 tahun meninggal dunia akibat belitan reptilia yang dianggarkan seberat 80kg.
Seorang lelaki maut dibelit sekor ular sawa sepanjang 2.4 meter, di Jenjarom di sini awal pagi hari ini.
Susulan kejadian, ular sawa itu kemudiannya dipukul sehingga mati oleh orang ramai yang berada di situ.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa Zaim Khalis Kosnan, 35 tahun meninggal dunia akibat belitan reptilia yang dianggarkan seberat 80kg itu.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4 pagi dan tiba di lokasi 4 minit kemudian, bersama tujuh anggota termasuk pegawai.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.
#Banting #belit #bomba #Hospital #lelaki #maut #ular
;