Lelaki lemas, terjatuh dari jeti LKIM Besut

Bernama
Oktober 9, 2020 20:54 MYT
Mayat mangsa ditemui pada pukul 5.30 petang oleh pasukan penyelamat berhampiran tempat mangsa dikatakan terjatuh. - Gambar hiasan
BESUT: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari jeti Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Mohamad Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang tadi dan sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa Azman Che Amat, 45, sebelum itu dikatakan berada di tepi jeti berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.
"Mayat mangsa ditemui pada pukul 5.30 petang oleh pasukan penyelamat berhampiran tempat mangsa dikatakan terjatuh," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Besut bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA
#lemas #Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan #jeti LKIM #Besut #Azman Che Amat #Hospital Besut #terjatuh
;